Tuesday, April 08, 2014

Nak kurus!

ASSALAMUALAIKUM!

Hohoho tengah hari yang panas kat sini! Rasa macam dah bertambah ton warna kulit Biha ni, weh camne boleh tahu ton warna kulit kau bertambah Biha oit? Biha test pakai cincin untuk seminggu, lepas seminggu tengok jari dah berbelang ibarat zebra! sobs!

FUH! walaupun mukadimah tak ada kena mengena, hari ini Biha nak share dengan korang Tip Untuk Kurus secara Sihat & Semulajadi :) Biha tahu ramai orang perempuan obses nak kurus! mihmih.. asal rakan sekelas, rakan ofis, rakan serumah ajak pergi makan ikan bakar, makan KFC mesti korang cakap korang dah kenyang kan? padahal tengah diet ni sambil telan air liur dengar pelawaan mereka :p Lepastu malangnya sambil korang telan air liur, tiba-tiba mulut dipenuhi dengan biskut Merrie ke biskut Hup Seng!! Opssss salah tau sebenarnya cara tu.. jangan tak tahu >_<

STOP WISHING. START DOING.

1. JANGAN AMALKAN DIET YANG SALAH
- Serius cakap, ramai gila orang perempuan yang buat macam ni.. termasuk Biha dulu! Sebenarnya memang kita akan suka bila kita tak makan nasi seminggu, tetiba berat badan turun sampai 2kg. Tapi sebenarnya kalau berat badan turun tu berpunca daripada jumlah kandungan air dalam badan tu berkurang bukannya lemak. Psst, jika tak makan metabolism badan kita akan jadi rendah sebab kita tengah berlapar. Yang paling malang, bila tak dapat nak tahan nafsu.. mulalah melantak tak ingat dunia! Lepas dah melantak tak ingat dunia, mulalah berat badan naik dengan laju. Sobs :’(

2. JANGAN TAK MAKAN
- ‘saya tengah diet ni’.. Ops, sila jangan macam ni. Sila makan dengan secukupnya. Yang paling penting sila jangan berlapar, sebab bila dah lapar tahap kronik.. mulalah perut meronta-ronta minta makana. Pulak tu dah malam, yang ada cumalah Maggi Kari! Lagi sedih lepas perut kenyang, automatic mata kuyu.. terus ZZZ!! Maka secara automatic juga, Maggi Kari tadi akan menjadi lemak yang setia di dalam badan anda! Apa yang penting, makan ikut waktu TAPI kurangkan portion.

3. JANGAN MAKAN JAJAN/ MAKANAN RINGAN
- sebenarnya kalori dalam biskut lagi tinggi daripada anda makan nasi. UHUK UHUK. Dahlah tak kenyang lepastu buat tambah saiz baju je. Jom try test tak makan jajan/ makanan ringan selama sebulan! Lepastu pasti ada hasil yang WAHHHH!!! :D tapi kalau lapar sangat, makan biskut tawar dengan minum Milo pun okay!

4. JANGAN MALAS BERSENAM
- haaa ini memang ubat yang paliung mujarab untuk kurus iaitu dengan EXERCISE! Kalau korang cakap korang taka da masa, Biha akan kongsikan tip yang sangat praktikal untuk korang cuba! Antaranya :- pilih untuk naik tangga berbanding lif, pilih untuk parking kereta jauh sikit untuk berjalan, sapu laman rumah petang-petang, basuh kereta sendiri, takpun kacau anjing tengah tidur! :p

-------------------------------------------------

Korang juga boleh mengambil dan memakan keperluan supplement untuk membantu korang lebih kurus dan sihat! Hiks.. ambil je tapi tak makan pun tak boleh juga :P


Psssttt ; nak tahu lebih tip rahsia, menu rahsia, cara pemakanan rahsia.. Biha akan berikan semua ini selepas pembelian SET KURUS SHAKLEE :)

εїз Ƹ̴Ӂ̴Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒεїз Ƹ̴Ӂ̴Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒεїз Ƹ̴Ӂ̴Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒεїз Ƹ̴Ӂ̴Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒεїз Ƹ̴Ӂ̴Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒεїз 

Untuk info & order:
Nabihah Halimshah
Shaklee Independent Distributor (sid; 971081)
nabihah_halimshah@yahoo.com
sms/ whatsapp; 0177242495


No comments: